tangan menggeletar,
walau tak selaju hati,
walau tak sederas air mata yang mengalir,
terima kasih Allah untuk nikmat ini
terima kasih Allah!
terima kasih!
semoga ianya adalah pemulaan yang baik.
tangan menggeletar,
walau tak selaju hati,
walau tak sederas air mata yang mengalir,
terima kasih Allah untuk nikmat ini
terima kasih Allah!
terima kasih!
semoga ianya adalah pemulaan yang baik.
hati ini cuma sekeping,tapi perasaan terlalu banyak.kadang-kadang hati mengalah,biarlah kali ini perasaan yang menang, biarlah,untuk kali ini perasaan yang mengawal hati.cuma sekali sahaja.namun hati lupa hadis nabi,hati lupa pesanan kekasih Allah itu:
Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal diantara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
Allahumma, aku terjaga olehmu dalam nikmat, afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmatMu, afiatMu dan penjagaanMu itu atasku, di dunia dan akhirat.“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.
-imam syahid hassan al-banna
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)
Ya Muqallibal Qulub, Thabit Qulubana ‘ala diinika wa’ala To’atik!
Dalam hidup kita,manusia datang dan pergi.meninggalkan bekasnya masing-masing.ada yang memberi kenangan manis yang buat kita tersenyum.ada yang mampu membuat kita senyum hanya dengan mengingatinya.ada yang buat kita merasa rindu setiap kali namanya disebut.ada yang mampu membuat hati membaca doa rabitah setiap kali terbayangkan dia.dan ada yang hanya bila namanya disebut,hati terasa menangis kerana lukanya terlalu dalam.keampunan yang kita minta dan rayu,kesamaran yang cuba kita jeaskan tak pernah diberi jawapan pasti membuat kita bimbang pada dunia kita,akhirat kita.
sedar tak sedar,walau apapun kesan yang mereka tinggalkan dalam hidup kita,mereka hanyalah watak sampingan dalam hidup yang singkat ini.akhirnya,kita juga yang terpaksa mengemudi hidup kita sendiri kerana bukan kaki yang tak mampu berdiri tapi hati yang entah ke mana pergi.menangis memang menangis kerana tahu kudrat diri.tipulah kalau tak pernah mempersoalkan mengapa itu dan ini.
namun hati yang kecil ini,jiwa yang rapuh ini,dengan iman yang tak sekuat mana cuba diyakinkan,DIA LEBIH TAHU.dan dia tahu saya mampu.lantas dalam deraian air mata,kaki digagahkan melangkah.hati dikuatkan agar redha akan takdirNya.disematkan yakin bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya.hikmah yang perlu saya cari.
dan alhamdulillah..dalam perjalanan panjang.dalam diri terasa terlalu lemah,kala diri terasa tak mampu melangkah,dalam diri merasa mahu menyerah..Allah hadirkan insan-insan yang istimewa dalam hati saya.insan yang setiap saat saya mahu ucapkan penghargaan yang tak terhingga.insan yang memandang saya penuh kasih.memberi nasihat tak letih.menangis bersama menanggung pedih.insan yang matanya berkaca mendengar kisah saya.insan yang cukup memahami.insan yang tak mampu saya balas jasa baiknya.
dan hati saya tak pernah letih berkata,saya hargai mereka.saya sayang mereka.terima kasih.terima kasih.Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.doa saya Allah kuatkan kita semua.Allah teguhkan kita dalam mencari redhaNya.
dan yang saya pinta,hanyalah doa semua kerana akhirnya kekuatan itu dari Dia.Allah itu maha adil.dan saya yakin saya akan lebih kuat selepas hari ini.insyaAllah.
akhirnya,inni ubikunna fillah.
kuatkanlah ikatannya.
kekalkanlah cintaNya
Tunjukki jalan-jalanNya.
Tika mata redupmu menyapa,
Hati kecilku berputik cinta,
Membuat hati menguntum rasa,
Ingin bersamanya mencari redha.
Cinta anugerahnya,
Sungguh indah membawa bahagia,
Sungguh manis mendamaikan jiwa,
Cinta yang membawa ke syurga,
Cinta anugerah yang tak terhingga,
Anugerah ukhuwah dari pencipta.
Senyumannya mempersona,
Tingkahnya menawan jiwa,
Dalam hikmah dia bercerita,
Cerita tentang hidup yang fana,
Cerita tentang hidup yang bermakna,
Bila Allah matlamat kita,
Bila kembali kepada jalanNya
Bila sentiasa dalam redhaNya.
Tatkala menangis hatiku terluka,
Sedang salahmu sekecil hama,
Namun bibirmu mengucap kata,
Kata maafmu yang tak terhingga,
Sedang engkau berlapang dada,
Memandang silapku sebelah mata,
Menenangkanku jika terluka,
Memberi semangat jika berhiba,
Mengingatkanku hidup hanya sementara
Mengingatkanku tuhan bersama kita
Dan Dia kasih pada yang bersaudara.
Namun hakikatnya hidup di dunia,
Pertemuan yang indah perpisahan penyudahnya,
Perpisahan demi perjuangan yang tiada penghujungnya,
Perpisahan demi risalah tuhanNya,
Perpisahan demi menegakkan agamaNya.
Dan..
Walau mengalir air mata,
Walau tangis tak berhenti jua,
Walau hati meratap hiba,
Walau rindu meronta-ronta,
Nun jauh di lubuk jiwa,
Tersemat yakin pada janji yang Esa,
Yang merindu akan bertemu jua,
Dalam pertemuan yang kekal selamanya,
Pertemuan yang diimpi buat yang bercinta,
Pertemuan di firdaus sana.
http://iskandariah.ismamesir.com/?p=387
bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah..dengan izinNya,kita masih lagi bernyawa walaupun dalam lelah untuk meneruskan perjuangan yang ditinggalkan pejuang terdahulu.alhamdulillah masih mampu melangkah dalam lelah mencari redha dan kasihNya.alhamdulillah dengan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung.Alhamdulillah kerana Dia sentiasa memberi petunjuk.Alhamdulillah dengan sifat rahimNya,rahmanNya,ghaffarNya yang membuatkan kita sentiasa tenang dalam rahmatNya.alhamdulillah.
hari tu saya tengok satu cerita(jangan tanya cerita apa!hehe).simplenya, salah satu dalam cerita ini tentang bagaimana si hero mencari-cari bagaimana untuk membuktikan ketelusan perasaannya.sebab for some reason, he can’t say it by word.so dia pun mencari dan mencari dan akhirnya jawapan yang ditemu ialah airmata.
ya.air mata.sayapun terfikir jugak,kenapa air mata?banyak sebab air mata mengalir.sometimes,kita menangis bukan sebab kita sedih,tapi bila tengok orang lain sedih, kitapun menangis bersama.kadang-kadang,kita mengalirkan air mata kegembiraan dan kesyukuran.tetapi di sini,saya mengajak kita bersama berfikir berapa kali kita menangis yang air mata itu menjadi air mata yang sangat berharga?berapa kali kita merintih kerana takutkannya?
Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : “Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (Hadis Riwayat Abu Naim)
akhawat yang dikasihi Allah..
berapa kali kita menangis dalam sehari?atau mungkin dalam seminggu,berapa kali kita bermuhasabah menghitung silap diri.mencari diri yang hilang.membawa pulang diri kepada yang diredhainNya.
wassalam
bismillahirrahmanirrahim
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
Ada dan tiada banyak bezanya.don’t say it that easily!
Dan untuk menyayangi seseorang bererti berharap akan berjumpa lagi di sana.
Dari Anas ra., ia berkata : “Sewaktu Nabi SAW menjumpai seorang wanita sedang menangis di atas kubur, maka bagindu bersabda : “Bertakwalah kepada Allah dan sabarlah !” Wanita itu berkata : “Pergilah dari sini karena sesungguhnya engkau tidak tertimpa musibah sebagaimana yang aku alami !”
Wanita itu tidak tahu bahwa yang berkata adalah Nabi.Kemudian ada seseorang yang memberitahukan kalau itu adalah Nabi SAW Maka wanita itu segera datang ke rumah Baginda SAW dan ia tidak menjumpai para penjaga pintu,sehingga dengan mudah ia memasukinya kemudian ia berkata “Saya tidak tahu kalau yang berkata tadi adalah engkau.Maka baginda bersabda : “Sesungguhnya sabar itu hanyalah pada hari pertama dari musibah itu.” (HR. Bukhari dan Muslim)
bismilllahirrahmanirrahim..
hari ini mendapat berita sedih lagi.walaupun bukan terkena pada diri sendiri.tempiasnya tetap terasa.ya,mana mungkin kita mampu bergembira bila orang terdekat diselubungi duka.
dan bila terasa mahu menangis,terbayang nikmat yang lebih banyak dikecap.dan cuba menenangkan hati sendiri.atau mungkin juga melayan lagu patah hati.hehe.
menjadi positif.!itu yang saya harapkan.bila benda yang dirancang tak menjadi,insyaAllah bukan rezeki kita lagi.bila yang disayang menjauh diri,anggaplah kita mungkin menyebabkan dia jauh dr tuhanNya,hingga dia terpaksa menyendiri.
dan yang penting,usaha dan doa.kerana hanya itu senjata kita.dan buat yang memahami dan yang mendoakan dalam senyap,memberi senyum penuh harap..terima kasih.Allah saja membalas jasa kalian.
bismillahirrahmanirrohim..
semasa kelas tafakuh dulu,saya suka sangat satu cerita ni.cerita tentang thuban dan cinta kasihnya pada rasulullah.
simplenya,thuban merupakan hamba nabi.pada satu hari,rasulullah keluar pagi dan tak balik bila malamnya.bila rasulullah balik,dia tengok thuban menangis.
rasulullah bertanya,”kenapa kau menangis wahai thuban?”
jawab thuban,”aku merinduimu ya rasulullah.”
rasullulah bertanya lagi,”sebab tu je ke kau menangis wahai thuban?”
thuban menjawab,”tak wahai rasulullah,tetapi kau tinggalkan aku sehari dan aku merindui kau.dan aku teringat yang aku akan berada di syurga yang paling bawah,dan engkau berada di syurga paling tinggi. dan aku tidak mampu sampai kepadamu.dan aku akan menangis فرقك -perbezaan?(xsure maksud dia apa) di syurga wahai rasulullah.
dan nabi berkata,”wahai thuban,sesungguhnya seseorang akan dikumpulkan bersama orang yang dicintainya.“
-’ ala khoto al habib,ms 23(sila betulkan kalau salah terjemah)
Iman telah menjadi adik yang baik sepanjang hidup iman.ukhti yang banyak mengingatkan akak tentang hadaf hidup yang sebenar.qudwah yang baik,penuh teguran dalam senyuman.akak doakan iman tenang di sana.
al-fatihah buat Nurul Iman binti Abdul Alim.
sungguh saya pasti akan merindu.
semoga perpisahan ini hanya sementara.semoga berjumpa di syurga.