RSS

air mata.

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..dengan izinNya,kita masih lagi bernyawa walaupun dalam lelah untuk meneruskan perjuangan yang ditinggalkan pejuang terdahulu.alhamdulillah masih mampu melangkah dalam lelah mencari redha dan kasihNya.alhamdulillah dengan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung.Alhamdulillah kerana Dia sentiasa memberi petunjuk.Alhamdulillah dengan sifat rahimNya,rahmanNya,ghaffarNya yang membuatkan kita sentiasa tenang dalam rahmatNya.alhamdulillah.

hari tu saya tengok satu cerita(jangan tanya cerita apa!hehe).simplenya, salah satu dalam cerita ini tentang bagaimana si hero mencari-cari bagaimana untuk membuktikan ketelusan perasaannya.sebab for some reason, he can’t say it by word.so dia pun mencari dan mencari dan akhirnya jawapan yang ditemu ialah airmata.

ya.air mata.sayapun terfikir jugak,kenapa air mata?banyak sebab air mata mengalir.sometimes,kita menangis bukan sebab kita sedih,tapi bila tengok orang lain sedih, kitapun menangis bersama.kadang-kadang,kita mengalirkan air mata kegembiraan dan kesyukuran.tetapi di sini,saya mengajak kita bersama berfikir berapa kali kita menangis yang air mata itu menjadi air mata yang sangat berharga?berapa kali kita merintih kerana takutkannya?

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : “Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (Hadis Riwayat Abu Naim)

akhawat yang dikasihi Allah..

berapa kali kita menangis dalam sehari?atau mungkin dalam seminggu,berapa kali kita bermuhasabah menghitung silap diri.mencari diri yang hilang.membawa pulang diri kepada yang diredhainNya.

wassalam

 
Leave a comment

Posted by on 31/05/2011 in Uncategorized

 

hadiah teristimewa

bismillahirrahmanirrahim

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

Ada dan tiada banyak bezanya.don’t say it that easily!

Dan untuk menyayangi seseorang bererti berharap akan berjumpa lagi di sana.

 
2 Comments

Posted by on 09/05/2011 in Uncategorized

 

positif

Dari Anas ra., ia berkata : “Sewaktu Nabi SAW menjumpai seorang wanita sedang menangis di atas kubur, maka bagindu bersabda : “Bertakwalah kepada Allah dan sabarlah !” Wanita itu berkata : “Pergilah dari sini karena sesungguhnya engkau tidak tertimpa musibah sebagaimana yang aku alami !”
Wanita itu tidak tahu bahwa yang berkata adalah Nabi.Kemudian ada seseorang yang memberitahukan kalau itu adalah Nabi SAW Maka wanita itu segera datang ke rumah Baginda SAW dan ia tidak menjumpai para penjaga pintu,sehingga dengan mudah ia memasukinya kemudian ia berkata “Saya tidak tahu kalau yang berkata tadi adalah engkau.Maka baginda bersabda : “Sesungguhnya sabar itu hanyalah pada hari pertama dari musibah itu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

bismilllahirrahmanirrahim..

hari ini mendapat berita sedih lagi.walaupun bukan terkena pada diri sendiri.tempiasnya tetap terasa.ya,mana mungkin kita mampu bergembira bila orang terdekat diselubungi duka.

dan bila terasa mahu menangis,terbayang nikmat yang lebih banyak dikecap.dan cuba menenangkan hati sendiri.atau mungkin juga melayan lagu patah hati.hehe.

menjadi positif.!itu yang saya harapkan.bila benda yang dirancang tak menjadi,insyaAllah bukan rezeki kita lagi.bila yang disayang menjauh diri,anggaplah kita mungkin menyebabkan dia jauh dr tuhanNya,hingga dia terpaksa menyendiri.

dan yang penting,usaha dan doa.kerana hanya itu senjata kita.dan buat yang memahami dan yang mendoakan dalam senyap,memberi senyum penuh harap..terima kasih.Allah saja membalas jasa kalian.

 
3 Comments

Posted by on 27/04/2011 in Uncategorized

 

-semoga berjumpa di sana-

bismillahirrahmanirrohim..

semasa kelas tafakuh dulu,saya suka sangat satu cerita ni.cerita tentang thuban dan cinta kasihnya pada rasulullah.

simplenya,thuban merupakan hamba nabi.pada satu hari,rasulullah keluar pagi dan tak balik bila malamnya.bila rasulullah balik,dia tengok thuban menangis.

rasulullah bertanya,”kenapa kau menangis wahai thuban?”

jawab thuban,”aku merinduimu ya rasulullah.”

rasullulah bertanya lagi,”sebab tu je ke kau menangis wahai thuban?”

thuban menjawab,”tak wahai rasulullah,tetapi kau tinggalkan aku sehari dan aku merindui kau.dan aku teringat yang aku akan berada di syurga yang paling bawah,dan engkau berada di syurga  paling tinggi. dan aku tidak mampu sampai kepadamu.dan aku akan menangis فرقك -perbezaan?(xsure maksud dia apa) di syurga wahai rasulullah.

dan nabi berkata,”wahai thuban,sesungguhnya seseorang akan dikumpulkan bersama orang yang dicintainya.

-’ ala  khoto al habib,ms 23(sila betulkan kalau salah terjemah)

 

 

Iman telah menjadi adik yang baik sepanjang hidup iman.ukhti yang banyak mengingatkan akak tentang hadaf hidup yang sebenar.qudwah yang baik,penuh teguran dalam senyuman.akak doakan iman tenang di sana.

al-fatihah buat Nurul Iman binti Abdul Alim.

 

sungguh saya pasti akan merindu.

semoga perpisahan ini hanya sementara.semoga berjumpa di syurga.

 
4 Comments

Posted by on 19/01/2011 in Uncategorized

 

rebah

dalam hidup,

sering kita tersungkur..

rebah dan terduduk.

jiwa mula resah

pedoman dicari

dan dalam tangisan

kita meraba-raba mencari

mencari jika ada tangan yang sudi menghulur

menghulur penuh kasih,

menegur walau dalam letih.

dan kita melangkah lagi

kerana sedar tanggungjwab diri

kerana tahu bahagia bukan di sini

dan hati bertanya lagi

sampai bila akan begini??

perjalanan yang terlalu panjang.

penat dan memenatkan.

sejauh mana kita mampu melangkah tanpa berpaling ke belakang lagi?

 
Leave a comment

Posted by on 24/12/2010 in Uncategorized

 

bismillahirrahmanirrohim

assalamualaikum…

jom random!saya tak mahu dikatakan jiwang lagi.itu hanyalah cara saya menulis.saya yang sebenar macam manusia-manusia normal je kan??

1.cuti semester.

cuti dah bermula 2hari.selain seminar ibadah pesakit,apakah perkara berfaedah yang saya lakukan?study 2tajuk=lebih kurang 4jam.huh!cuba melarikan pandangan dari melihat whiteboard yang tertulis tajuk-tajuk lecture yang belum dibaca.malu pulak saya nak bertentang mata dengan encik whiteboard ni.nikmat masa lapang!huh!

2.seminar ibadah pesakit

tahniah kepada penganjur!sangat banyak mendapat manfaat.rasa sangat bersemangat!tapi saya takde strong heart nak jadi ONG and takde strong backup too.haha.

3.neuropsychiatry

mencabar!neurology sangat tough.perlukan very strong basic science.tapi berjumpa dengan patient yang paralysis situ sini sangat menginsafkan.sangat bersyukur dengan nikmat sihat dariNya.

psychiatry perlukan banyak vocab.hehe.saya rasa kaki saya menggeletar bila setiap kali masuk ke ward psychiatry.pengaruh tv agaknya.besarnya ujian untuk mereka dan pastinya keluarga mereka.

4.aidil adha

beraya di perantauan lagi.tapi alah bisa tegal biasa!saya dah pernah tak balik raya haji pun dekat malaysia.masa tu 2005,selepas SPM.tapi lepas seminggu terpaksa balik kampung kerana arwah ibu saya stroke which cause her to have right hemiplegia.tapi sebab early intervention,her upper limb je yang paralysed.sebabnya,dia sangat sedih bila semua anak-anak tak balik raya haji dan makan banyak sangat daging.mak saya memang ada hypertension before tu.hati ibu sukar dibacakan?al-fatihah untuk mak saya.

5-perubatan islam vs sains.

fakta yang paling menarik bila saya belajar neuropsychiatry ialah “first thing we should do with psychiatric patient is to exclude organic disease!”

tak mahu hurai panjang pasal ni..kalau nak dengar cerita,boleh pm saya.

tapi saya percaya pada perubatan islam.dan saya rasa life makin bertambah misteri.

6-family

selamat datang ahli baru keluarga saya,qaisara haifaa binti mohamad saiful azli.panjangnya nama!mesti kamu sangat comel.welcome!berharap maira(si kakak) tak menjerit marahkan adiknya sampai menangis.saya yang besar panjang pun lemah semangat bila dia marah.budak-budak zaman sekarang.ish3

menelepon dengan 1 way communication.mereka takleh dengar saya.tapi saya boleh dengar mereka clearly.letih2!huh

7-selamat hari raya aidil adha.maaf atas segala salah silap saya.moga aidil adha mengajar kita sekali lagi erti pengorbanan!

selamat hari raya!

8-mahu bercuti menulis until i find myself.doakan saya!

 

“Pencinta dunia menangis
kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.
Dari mata yang mengintai
setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus, mengalirlah
air mata kecewa kegagalan.
Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap..”

“Tegakkan Islam dlm diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu”
Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.

 
3 Comments

Posted by on 14/11/2010 in Uncategorized

 

-

saya tunduk..

cuba menahan air mata.

dan dia hanya membisu..

lama kami berada dalam sepi..

dan akhirnya saya bersuara..

menatap dalam matanya yang berkaca..

“kalau ini yang dipinta..moga ketemu bahagia!”

.

.

.

Ya Muqallibal Qulub, Thabit Qulubana ‘ala diinika wa’ala To’atik!

 
Leave a comment

Posted by on 27/10/2010 in Uncategorized

 

mencari bahagia

bismillahirrohmanirrohim..

seusai asar,saya menegur ukhti saya.entahlah..dengan ukhti ini saya mudah merungkap rahsia..saya tahu hati kami sama.banyak nasihat yang diperoleh walau dalam gelak tawanya.saya rasa dia cukup tenang dalam segalanya.mungkin kerana hubungannya dengan pencipta lebih kuat dari saya.dan saya percaya sahabat yang baik adalah kekuatan.sahabat yang beriman pemimpin kejayaan dunia dan akhirat.

hmmm..dulu dan sekarang banyak yang berbeza dari segi saya mendefinisikan kebahagiaan.dulupun saya bahagia..tapi mengikut kefahaman saya buat masa itu.sekarang pun saya bahagia tapi menurut kefahaman saya sekarang.tak faham?hmm..tiba-tiba saya rasa tak mahu jelaskan.hahaha.tapi nikmat faham tu membuat kita mencari kebahagiaan yang sebenar.

tak tahu nak tulis apa.cuma bosan tengok benda ni tak terupdate.selamat upgrade iman!selamat beribadah!selamat study untuk final!semoga bahagia sentiasa bersama anda!

wassalam

 
8 Comments

Posted by on 22/07/2010 in Uncategorized

 

ibubapa~

fikiran saya kacau..

hati saya tak terteram..

semuanya bagai semalam baru berlaku..

ya..ianya pahit dalam manisnya!!

.

.

mei 2002..

ayah saya sangat gembira..

ibu saya tersenyum ceria..

ya saya tahu mereka sedang bahagia..

dalam kemeriahan gerai kecil kami..

ayah dan ibu saya tak henti-henti bercerita..

“anak saya belikan hadiah untuk ibunya”

saya senyum..sedikit bangga

dan ayah menyambung..

“inilah anak yang akan menjaga saya bila tua”

dan saya senyum lagi…

.

.

masa berlalu..

musim berlalu..

dan ayah pergi jua..

saya mungkin masih muda..

lantas hanya mampu mencurah air mata..

.

.

july 2008

teka teki saya terjawab..

saya bukan tak menduga tapi mungkin tak cukup bersedia..

kepulangan saya di sambut sekujur tubuh lesu..

menatap saya dengan linangan air mata..

dan saya bersyukur saya masih mampu tersenyum..

memberi semangat kepada tubuh tua itu..

.

.

hari berganti hari..

hari yang menuntut seribu kesabaran..

hari yang penuh linangan air mata..

hari yang jika dikenang membangkitkankan kesalan..

saya tewas dengan emosi..

saya tewas dengan amarah..

dan saya tahu hati tua itu terluka..

.

.

dan masanya tiba untuk  saya kembali ke bumi perjuangan ini..

lantas mata itu saya tatapi..

tangan itu saya kucupi..

saya tau saya akan merindui mata itu..

sentuhan itu..

maaf saya pinta.

dan bibir tua itu  tersenyum mesra..

bersama linangan air mata..

.

.

20/11/08

saya khusyuk menelaah walau perasaan cukup gundah..tak mahu terlalu tenggelam dalam emosi..

satu message diterima..saya tenang melihat pengirimnya..

message dari orang malaysia dan jantung saya  mula berdegup  kencang..

dan isinya saya baca dan air mata mula mengalir..

saya mendail semula..

tapi  bagai tak mendengar apa kata mereka..

yang saya tahu mereka cuba menguatkan saya..

dan tangisan saya tak mampu berhenti..

dan saya tahu saya kehilangan insan kesayangan saya..

kekuatan saya..

insan yang pastinya tak putus-putus berdoa untuk saya..

.

.

2010

ya..saya sudah tahun 4..

berdepan dengan female patient buat hati saya terluka..

membuka lembaran lama..

..ibu saya bukan orang berpelajaran..

ibu saya tak pernah tahu apa itu complication itu dan ini..

ibu saya hanya mahu bersama kami..

:

:

dan bila patient hari tu muntah-muntah..

dan anaknya memeluknya erat..

emosi saya kacau..

mengapa saya tak setabah itu dulu?

mengapa saya tak bersabar?

mengapa saya mengaku kalah dengan emosi?

….

beruntunglah!

dan sangat beruntunglah orang yang masih punya ibubapa!!

hargailah mereka!

jagalah hati mereka!

sayangi mereka!

kasihi mereka!

doakan kebahagiaan mereka!

jangan sampai menyesal!

kerana penyesalan itu bukan saja pedih..

malah mengundang letih!

“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya …  ”  (Al-Ankabut ayat 8 )

“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]

 
22 Comments

Posted by on 08/06/2010 in Uncategorized

 

Tags:

kasih sayang.

bismillahirrahmanirrohim..

kalau mahu belajar erti ketabahan,belajar lah dari insan ini!

bukan saya ya,tapi orang di sebelah saya iaitu merangkap kakak saya.

kakak saya masih muda(haruslah merahsiakan umur beliau supaya tiada unsur-unsur pengoratan berlaku.hehe).walaupun muda,beliau sangat berjasa pada saya.setiap tahun,azam saya balik ialah untuk mengurangkan tanggungjawab kakak saya tapi setiap tahun juga saya akan menambah beban beliau.(memangnya adik kena menyusahkan kakak kan? =P)

hari ni birthday kakak saya.so rindu lebih-lebih pula.huh.

kalau ayatul husna bacakan sajak untuk kakak dia,sayapun mahu tujukan sajak yang sama buat kakak saya.

kau mencintaiku seperti bumi mencintai titah Tuhannya

tak pernah lelah menanggung beban derita

tak pernah lelah menghisap luka ….

kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah Tuhannya

tak pernah lelah membagi cerah cahaya

tak pernah lelah menghangatkan jiwa…

kau mencintaiku seperti air mencintai titah Tuhannya

tak pernah lelah membersihkan lara

tak pernah lelah menyejukkan dahaga…

kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah Tuhannya

tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia

tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala…

:

:

::

:

:

jika ditanya erti bahagia..

bibirku senyum ceria..

lidah kelu tak berkata..

dan biar hati saja yang berbicara..

biar mata saja yang berkata-kata..

kerana bahagiaku adalah kamu..


dan rindupun menyapa..

bersama kasih nan suci..

bersama sayang tak mati..

kasihmu tak terperi..

membuat diri rasa tak sendiri..

walau diulit malam sepi..

walau diulit mimpi ngeri..


sayangmu penawar berharga..

membuat diri rasa bermaya..

membuat diri rasa ceria..

kaulah penghibur diri yang lara..


dan..

pada angin ku kirimku rindu..

rindu pada senyuman manismu

pada Allah ku panjatkan doaku..

doa untukmu bahagia selalu..


oh hari ni juga bithday norannisa rohiman..tahniah kerana sudah tua!semoga kamu cepat kahwin supaya orang-orang yang cop nak kahwin selepas kamu dapat kahwin.hehe.semoga ketemu bahagia yang dicari,panjang umur,murah rezeki.

yang paling ayu itu nourenisa.=P

sekian terima kasih~

 
19 Comments

Posted by on 02/05/2010 in Uncategorized

 

Tags: ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.