RSS

Monthly Archives: April 2010

.:you are the thunder and i’m the lightning:.

assalamualaikum wbt..

hmmm..sejak akhir-akhir ni rasa nak marah orang je.mereka yang bersalah atau saya yang emo?hehe.jujurnya saya xmahu menghukum dan menilai orang lain.banyak menilai membuat saya mula mencari kelemahan dan terlupa pada kebaikan seseorang.huh.but please respect me as i respect you.

ok2..xelok marah2.tak baik untuk kesihatan.bila marah hormone stress meningkat,our body need more oxygen.our heart rate increase.silap-silap boleh dapat serangan jantung.tu belum dikira risk untuk hypertension and diabetes.huhu.

memang susah menjaga perasaan,lebih-lebih lagi kalau dua-dua pihak sedang panas.u’r the thunder and i’m the lightning..lepas tu hujan lebat.oh..kami hanya perempuan yang hanya mampu menangis untuk menyelesaikan masalah.hahaha.teringat kata-kata cikgu biology saya dulu,”tangisan akan buat awak makin lemah.”

jadi..untuk mengelak penyakit(saya mahu hidup sribu tahun lagi.hehe) dan pastinya untuk mencari redha Allah,saya pilih untuk memaafkan.

“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22)

memaafkan dan meminta maaf adalah sangat berbeza.perkataan sorry bagai sebati di bibir.terlanggar makcik tua pun bersorry,terkasar dengan kanak-kanak ketika examination pun ber’sorry’.umpama mainan bibir yang jauh dari lubuk hati.huh.kalau kita tengok suasana masyarakat kita sendiri,bila ada orang buat salah,mula lah keluar arahan supaya meminta maaf secara terbuka.tapi tak pernah pulak seseorang disuruh untuk memaafkan secara terbuka.knapa ya?

:

:

jawapannya kerana memafkan itu dari hati.bila mana orang minta maaf and when we smile brightly saying “it’s ok” takde orang tahu apa yang tersirat.hanya Dia yang tahu.well,afterall rahsia hati siapa yang tahu(unless ada orang curi-curi baca diari orang lain yag mungkin mengandungi 30% dari rahsia hati.heheh)

“…Maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.”(asy-syura:40)

kita manusia sering melakukan kesalahan.kita sebagai hamba yang hina selalui menderhakai Allah.selalui melupai amanahNya dan taklifan kita untuk beribadah kepadaNya dan memakmurkan alam ciptaanNya.kalaulah tanpa sifat ghafurNya,sifat rahimNya..kita mungkin sudah diazab dengan seksaan yang pedih.jika Allah pun mengampuni dosa hambaNya,jika nabipun ampuni ummatnya..kitapun perlu meneladaninya.dengan iman yang benar,kenali sifat Allah,fahami sirah nabi.bukankah rasullullah memaafkan penduduk taif yang melukainya?

kita manusia dan nun di sudut hati,kita tahu kelemahan kita.kita mahu orang menerima kita seadanya.kita mahu orang menutup mata pada setiap kesalahan kita…

dan kita lupa mereka juga adalah manusia,penuh kekurangan.punya hati dan perasaan.mahu disayangi,ingin dimaafi.bayangkan bagaimana perasaan kita bila sahabat kita tegar mengatakan tak mahu memaafkan kita.tidur tak lena,mandi tak basah mungkin?

Ketika kita dgn relanya memaafkan orang lain, maka insya’ Allah,insyaAllah kita akan memperoleh maaf dari orang lain pula atas kesalahan yang pernah kita lakukan. kata ahli hikmah: “Ingatlah dua hal dan lupakan pula dua hal. Pertama, ingatlah kebaikan orang lain kepadamu dan lupakanlah kebaikanmu pada orang lain; kedua, ingatlah kesalahanmu kepada orang lain dan lupakanlah kesalahan orang lain kepadamu.”

memaafkan sangat penting utk kelancaran ukhuwah.macam mana mungkin kita mampu menyapa mesra seorang ukhti jika dalam hati terpahat rasa marah.malah kita mungkin tak mampu memandang ke matanya.natijahnya kita mula mengelak dari bertemu dengannya.dan hubungan yang dulu mekar mewangi hilang ke mana.

sudah terlalu panjang mungkin.so..akhir kalam,maafkanlah kesalahan orang di sekeliling kita.kita hidup bermasyarakat dan pastiya kita tak terlepas dari terluka dan melukai.buat sahabat yang teristimewa,penguat saya di jalan tarbiyah,insan yang sudi memimpin saya mencari redha Allah,insan yang tak pernah bosan dengan saya,insan yang tak pernah bosan menjadi penguat untuk saya.terima kasih..terima kasih..dan sangat terima kasih untuk semuanya.jangan risau!mungkin saya marah..tapi sayakan kilat,cepat marah dan terus reda.hehe.dalam hati saya tak pernah ada benci insyaAllah.marilah bersama kita mencari jannah!

maaf!

wassalam

Advertisements
 
6 Comments

Posted by on 14/04/2010 in Uncategorized

 

dulu2!

مَعْهَدِي

مَعْهَدِي الجَمِيلْ
Sekolahku yang indah

هَهُنَا نَنْتَمِي
Disini kita menjana hemah

مُلتَقَى الأبْرَارْ
Tempat pertemuan anak-anak gemilang

مُنْتَدَى الأخْيَارْ
Disini bertemu insan terbilang

نَلعَبُ وَنَمْرَحْ
Bermain dan bergembira

نَدْرُسُ وَنَنْجَحْ
Belajar dan berjaya

لِلّهِ نُجَاهِدْ
Kerana Allah kita berusaha

لِلشَّعْبِ نُسَاعِدْ
Untuk membentuk anak bangsa

smka wataniah

intitusi berjaya(bergaya??)  terhebat

berdiri dengan megah

berpaksikan al-quran dan sunnah

بِشِعَارْ بِشِعَارْ
Dengan mutu yang kental

العِلم وَالإِيمَان وَالعَمَلْ
Ilmu, Iman dan Amal

كلمات : شيرازي حاج محمد

ألحان : محمد زهير عبدالرحمن

.

.

.

rindu zaman-zaman ketabahan di sekolah dulu.

missing this place~

 
4 Comments

Posted by on 04/04/2010 in Uncategorized