RSS

Monthly Archives: May 2010

kasih sayang.

bismillahirrahmanirrohim..

kalau mahu belajar erti ketabahan,belajar lah dari insan ini!

bukan saya ya,tapi orang di sebelah saya iaitu merangkap kakak saya.

kakak saya masih muda(haruslah merahsiakan umur beliau supaya tiada unsur-unsur pengoratan berlaku.hehe).walaupun muda,beliau sangat berjasa pada saya.setiap tahun,azam saya balik ialah untuk mengurangkan tanggungjawab kakak saya tapi setiap tahun juga saya akan menambah beban beliau.(memangnya adik kena menyusahkan kakak kan? =P)

hari ni birthday kakak saya.so rindu lebih-lebih pula.huh.

kalau ayatul husna bacakan sajak untuk kakak dia,sayapun mahu tujukan sajak yang sama buat kakak saya.

kau mencintaiku seperti bumi mencintai titah Tuhannya

tak pernah lelah menanggung beban derita

tak pernah lelah menghisap luka ….

kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah Tuhannya

tak pernah lelah membagi cerah cahaya

tak pernah lelah menghangatkan jiwa…

kau mencintaiku seperti air mencintai titah Tuhannya

tak pernah lelah membersihkan lara

tak pernah lelah menyejukkan dahaga…

kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah Tuhannya

tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia

tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala…

:

:

::

:

:

jika ditanya erti bahagia..

bibirku senyum ceria..

lidah kelu tak berkata..

dan biar hati saja yang berbicara..

biar mata saja yang berkata-kata..

kerana bahagiaku adalah kamu..


dan rindupun menyapa..

bersama kasih nan suci..

bersama sayang tak mati..

kasihmu tak terperi..

membuat diri rasa tak sendiri..

walau diulit malam sepi..

walau diulit mimpi ngeri..


sayangmu penawar berharga..

membuat diri rasa bermaya..

membuat diri rasa ceria..

kaulah penghibur diri yang lara..


dan..

pada angin ku kirimku rindu..

rindu pada senyuman manismu

pada Allah ku panjatkan doaku..

doa untukmu bahagia selalu..


oh hari ni juga bithday norannisa rohiman..tahniah kerana sudah tua!semoga kamu cepat kahwin supaya orang-orang yang cop nak kahwin selepas kamu dapat kahwin.hehe.semoga ketemu bahagia yang dicari,panjang umur,murah rezeki.

yang paling ayu itu nourenisa.=P

sekian terima kasih~

 
19 Comments

Posted by on 02/05/2010 in Uncategorized

 

Tags: ,