RSS

Monthly Archives: June 2010

ibubapa~

fikiran saya kacau..

hati saya tak terteram..

semuanya bagai semalam baru berlaku..

ya..ianya pahit dalam manisnya!!

.

.

mei 2002..

ayah saya sangat gembira..

ibu saya tersenyum ceria..

ya saya tahu mereka sedang bahagia..

dalam kemeriahan gerai kecil kami..

ayah dan ibu saya tak henti-henti bercerita..

“anak saya belikan hadiah untuk ibunya”

saya senyum..sedikit bangga

dan ayah menyambung..

“inilah anak yang akan menjaga saya bila tua”

dan saya senyum lagi…

.

.

masa berlalu..

musim berlalu..

dan ayah pergi jua..

saya mungkin masih muda..

lantas hanya mampu mencurah air mata..

.

.

july 2008

teka teki saya terjawab..

saya bukan tak menduga tapi mungkin tak cukup bersedia..

kepulangan saya di sambut sekujur tubuh lesu..

menatap saya dengan linangan air mata..

dan saya bersyukur saya masih mampu tersenyum..

memberi semangat kepada tubuh tua itu..

.

.

hari berganti hari..

hari yang menuntut seribu kesabaran..

hari yang penuh linangan air mata..

hari yang jika dikenang membangkitkankan kesalan..

saya tewas dengan emosi..

saya tewas dengan amarah..

dan saya tahu hati tua itu terluka..

.

.

dan masanya tiba untuk  saya kembali ke bumi perjuangan ini..

lantas mata itu saya tatapi..

tangan itu saya kucupi..

saya tau saya akan merindui mata itu..

sentuhan itu..

maaf saya pinta.

dan bibir tua itu  tersenyum mesra..

bersama linangan air mata..

.

.

20/11/08

saya khusyuk menelaah walau perasaan cukup gundah..tak mahu terlalu tenggelam dalam emosi..

satu message diterima..saya tenang melihat pengirimnya..

message dari orang malaysia dan jantung saya  mula berdegup  kencang..

dan isinya saya baca dan air mata mula mengalir..

saya mendail semula..

tapi  bagai tak mendengar apa kata mereka..

yang saya tahu mereka cuba menguatkan saya..

dan tangisan saya tak mampu berhenti..

dan saya tahu saya kehilangan insan kesayangan saya..

kekuatan saya..

insan yang pastinya tak putus-putus berdoa untuk saya..

.

.

2010

ya..saya sudah tahun 4..

berdepan dengan female patient buat hati saya terluka..

membuka lembaran lama..

..ibu saya bukan orang berpelajaran..

ibu saya tak pernah tahu apa itu complication itu dan ini..

ibu saya hanya mahu bersama kami..

:

:

dan bila patient hari tu muntah-muntah..

dan anaknya memeluknya erat..

emosi saya kacau..

mengapa saya tak setabah itu dulu?

mengapa saya tak bersabar?

mengapa saya mengaku kalah dengan emosi?

….

beruntunglah!

dan sangat beruntunglah orang yang masih punya ibubapa!!

hargailah mereka!

jagalah hati mereka!

sayangi mereka!

kasihi mereka!

doakan kebahagiaan mereka!

jangan sampai menyesal!

kerana penyesalan itu bukan saja pedih..

malah mengundang letih!

“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya …  ”  (Al-Ankabut ayat 8 )

“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]

 
22 Comments

Posted by on 08/06/2010 in Uncategorized

 

Tags: