RSS

ibubapa~

08 Jun

fikiran saya kacau..

hati saya tak terteram..

semuanya bagai semalam baru berlaku..

ya..ianya pahit dalam manisnya!!

.

.

mei 2002..

ayah saya sangat gembira..

ibu saya tersenyum ceria..

ya saya tahu mereka sedang bahagia..

dalam kemeriahan gerai kecil kami..

ayah dan ibu saya tak henti-henti bercerita..

“anak saya belikan hadiah untuk ibunya”

saya senyum..sedikit bangga

dan ayah menyambung..

“inilah anak yang akan menjaga saya bila tua”

dan saya senyum lagi…

.

.

masa berlalu..

musim berlalu..

dan ayah pergi jua..

saya mungkin masih muda..

lantas hanya mampu mencurah air mata..

.

.

july 2008

teka teki saya terjawab..

saya bukan tak menduga tapi mungkin tak cukup bersedia..

kepulangan saya di sambut sekujur tubuh lesu..

menatap saya dengan linangan air mata..

dan saya bersyukur saya masih mampu tersenyum..

memberi semangat kepada tubuh tua itu..

.

.

hari berganti hari..

hari yang menuntut seribu kesabaran..

hari yang penuh linangan air mata..

hari yang jika dikenang membangkitkankan kesalan..

saya tewas dengan emosi..

saya tewas dengan amarah..

dan saya tahu hati tua itu terluka..

.

.

dan masanya tiba untuk  saya kembali ke bumi perjuangan ini..

lantas mata itu saya tatapi..

tangan itu saya kucupi..

saya tau saya akan merindui mata itu..

sentuhan itu..

maaf saya pinta.

dan bibir tua itu  tersenyum mesra..

bersama linangan air mata..

.

.

20/11/08

saya khusyuk menelaah walau perasaan cukup gundah..tak mahu terlalu tenggelam dalam emosi..

satu message diterima..saya tenang melihat pengirimnya..

message dari orang malaysia dan jantung saya  mula berdegup  kencang..

dan isinya saya baca dan air mata mula mengalir..

saya mendail semula..

tapi  bagai tak mendengar apa kata mereka..

yang saya tahu mereka cuba menguatkan saya..

dan tangisan saya tak mampu berhenti..

dan saya tahu saya kehilangan insan kesayangan saya..

kekuatan saya..

insan yang pastinya tak putus-putus berdoa untuk saya..

.

.

2010

ya..saya sudah tahun 4..

berdepan dengan female patient buat hati saya terluka..

membuka lembaran lama..

..ibu saya bukan orang berpelajaran..

ibu saya tak pernah tahu apa itu complication itu dan ini..

ibu saya hanya mahu bersama kami..

:

:

dan bila patient hari tu muntah-muntah..

dan anaknya memeluknya erat..

emosi saya kacau..

mengapa saya tak setabah itu dulu?

mengapa saya tak bersabar?

mengapa saya mengaku kalah dengan emosi?

….

beruntunglah!

dan sangat beruntunglah orang yang masih punya ibubapa!!

hargailah mereka!

jagalah hati mereka!

sayangi mereka!

kasihi mereka!

doakan kebahagiaan mereka!

jangan sampai menyesal!

kerana penyesalan itu bukan saja pedih..

malah mengundang letih!

“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya …  ”  (Al-Ankabut ayat 8 )

“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]

 
22 Comments

Posted by on 08/06/2010 in Uncategorized

 

Tags:

22 responses to “ibubapa~

  1. zura

    08/06/2010 at 8:31 pm

    Thank you so much for the reminder Nonie! Really really really appreciate it. Tambat2 semalam i dreamt of something yg memang kalau boleh tak nak sangattt berlaku. Rasa macam real gila. Tapi orang kata kalau kita mimpi seseorang tu meninggal dunia, umurnya panjang? Betul ke eh? hehe..

    Be strong my dear Nonie, always remember that the prayers from a good child to his/her parents is the best gift walaupun mereka dah tiada (walaupun org tahu mesti Nonie tak pernah tinggal punya kan. takpelah peringatan utk diri sendiri juga ni)

    Take care!

     
    • Dr Norbayani

      08/06/2010 at 11:26 pm

      thanks for reading zura.
      jgn risau mimpi mainan tidor je..
      insyaAllah panjang umur!

      kita akan cuba utk kuat insyaAllah.
      tu lah..hanya mampu menghulur doa dan mengharap moga diterima..

      take care gak!

       
  2. aida

    08/06/2010 at 9:04 pm

    noni!!!
    kuat!kuat!kuat! okay??
    jangan fikiran kacau lagi..
    saya tahu awak mesti tgh sedih kan
    sbb saya yang baca pon turut rasa nak nangis..huhu
    be strong noni!
    you always have HIM right..

    study molek2..
    all da best honey!
    love u n miss u so muchhh..=(

     
    • Dr Norbayani

      08/06/2010 at 11:29 pm

      terima kasih sayangku
      you know i’m strong rite?
      hehehe

      doakan saya sentiasa kuat..
      macam badang!

      =)

       
      • aida

        09/06/2010 at 2:12 am

        hehe..
        i know that u’r always strong
        n i hope u will always be..hi hi..

        insyaAllah…
        alah,nak macam badang ke??
        xpayah la badang..
        lagi kuat dari badang!
        hehe..
        btw,exam bila kak?

         
      • Dr Norbayani

        09/06/2010 at 7:41 am

        badang xmacho eh?hahaha

        sy exam next week.khamis.
        insyaAllah.

        miss u dearie!

         
  3. ojie

    09/06/2010 at 5:11 am

    berutung juga untuk seorang ibu punya anak yang solehah..

    kerana doanya didengar Allah swt..

    “Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca : sedekah yang berkekalan, atau Ilmu yang dimanfa’atkan oleh orang , anak yang soleh yang mendoakannya. ” (diriwayat oleh Muslim).

    BE STRONG..
    be SOLEHAH….=)

     
    • Dr Norbayani

      09/06/2010 at 7:42 am

      ye jie..doakan ore jadi ank solehah yg dimaksudkan!

       
  4. mysar1124

    10/06/2010 at 2:21 pm

    Salam noni.
    haih. knapa awak punya ayat ni mencucuk2 hati sy.
    mata dah bkaca2, rs mcm xnak dah scroll down page.
    but still i do.

    Penyesalan adalah satu perasaan yg sgt menyakitkan.
    Regret is the worst type of pain i can describe.or maybe, its undescriable.

    Allahummaghfirlana zunubana wa liwalidayya warhamhuma…
    sobbed..

     
    • Dr Norbayani

      10/06/2010 at 11:41 pm

      allahuma amin.
      wslm wbt..
      mencucuk2?
      penyesalan tu memg sakit kan..
      sometime sy rase nk scream out loud..
      “it’s hurt!”

      berharap moga ada yang amik iktibar..

      and..

      jom balik mesia!!
      =)

       
      • nik_10

        12/06/2010 at 10:40 pm

        huhu..nak balik msia juge

         
      • Dr Norbayani

        13/06/2010 at 1:37 am

        jom2!
        =)

        k.nik..bertabah hatilah!

         
  5. Fiza

    12/06/2010 at 8:49 am

    salam
    knonie,
    its hurts, n even its hurts so much, the pain is getting worse bcoz i knoe its already too late.
    tp without giving up,lets give our best shot by sending dua for them.
    may Allah bless them.
    ameen.

    ketahuilah bahawa diri ini sgt merinduinya…

     
    • Dr Norbayani

      13/06/2010 at 1:39 am

      fiza..sedih plak akak.
      penyesalan tu memg pahit.
      dan doa je lah yg kita mampu..
      bg akak penguatnya pastilah rahmat Allah..
      jgn pernah putus asa!
      biar penyesalan buat kita makin dekat dgnNya.

       
  6. deiya

    23/06/2010 at 10:30 pm

    hm.
    takutnya,sy takut sy menyesal.
    kadang2, dgn ahli keluarga sendiri susah nk tunjuk rasa sayang..mungkin upbringing setiap orang berbeza2.
    kalau boleh tiap2 hari nk peluk mak, sayang mak.
    kalau boleh xmau dah buat mak sakit hati,

    kata2 mcm budak kecik,kn?
    tapi hidup ni bukan kekal…setiap y bernyawa pasti akan pergi

     
    • Dr Norbayani

      25/06/2010 at 7:36 pm

      hmm..smua orang ade cara untuk tunjuk yg die care,die sayang..
      tp ble orang dh ‘pergi’ kadang2 terfikir gak..
      adakah die taw yg kite sayang die,hargai dia??
      n skrg ni hnya mampu berdoa sbgai tanda msh syg..
      moga Dia kuatkan kita smua!

       
  7. genu2

    09/07/2010 at 10:37 pm

    nonie.
    nice. nini lambat sket org lain.maaf ye.
    jzkk utk peringatan.

    moga dilembutkan hati yang sangat penuh dgn ego ni.

    moga tidak terlambat.

     
    • Dr Norbayani

      10/07/2010 at 4:33 am

      haha.mana ade nini ego.nini macho je.hehe
      stuju je sbnrnya ngn nini,sayang xsemestinya dilafazkan..
      ore taw je nini saye ore..
      =)

       
  8. ayesha

    10/07/2010 at 9:30 pm

    semoga noni lebih kuat
    lebih kental smgt juang
    lebih tabah dan cekal jiwa
    lebih sabar dan tsabat
    doa bnyak2 ^_^
    Allah mendengar dan menjawab

     
  9. ishiku

    15/07/2010 at 11:00 pm

    uhuu..noni,baca banyak kali pun ,cukup untuk membuat diri yang alpa ni kembali bangun study.

    sedihnyee post awak nii..awak nak kita balik malaysia kan..hahaha
    nanti kita meronggeng same2..naik motokar bujang..hahaha

     
    • Dr Norbayani

      18/07/2010 at 12:58 pm

      hahaha.kita bru je terfikir nk delete post ni sbb awk kata suh delete ritu.
      jgn sedih2.kita tahu awk kuat,awk rajin.chaiyok2!!

      jom meronggeng.sy jd pnumpang je taw!

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: