RSS

Monthly Archives: December 2010

rebah

dalam hidup,

sering kita tersungkur..

rebah dan terduduk.

jiwa mula resah

pedoman dicari

dan dalam tangisan

kita meraba-raba mencari

mencari jika ada tangan yang sudi menghulur

menghulur penuh kasih,

menegur walau dalam letih.

dan kita melangkah lagi

kerana sedar tanggungjwab diri

kerana tahu bahagia bukan di sini

dan hati bertanya lagi

sampai bila akan begini??

perjalanan yang terlalu panjang.

penat dan memenatkan.

sejauh mana kita mampu melangkah tanpa berpaling ke belakang lagi?

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 24/12/2010 in sajak

 

Tags: ,