RSS

Monthly Archives: January 2011

-semoga berjumpa di sana-

bismillahirrahmanirrohim..

semasa kelas tafakuh dulu,saya suka sangat satu cerita ni.cerita tentang thuban dan cinta kasihnya pada rasulullah.

simplenya,thuban merupakan hamba nabi.pada satu hari,rasulullah keluar pagi dan tak balik bila malamnya.bila rasulullah balik,dia tengok thuban menangis.

rasulullah bertanya,”kenapa kau menangis wahai thuban?”

jawab thuban,”aku merinduimu ya rasulullah.”

rasullulah bertanya lagi,”sebab tu je ke kau menangis wahai thuban?”

thuban menjawab,”tak wahai rasulullah,tetapi kau tinggalkan aku sehari dan aku merindui kau.dan aku teringat yang aku akan berada di syurga yang paling bawah,dan engkau berada di syurga  paling tinggi. dan aku tidak mampu sampai kepadamu.dan aku akan menangis فرقك -perbezaan?(xsure maksud dia apa) di syurga wahai rasulullah.

dan nabi berkata,”wahai thuban,sesungguhnya seseorang akan dikumpulkan bersama orang yang dicintainya.

-‘ ala  khoto al habib,ms 23(sila betulkan kalau salah terjemah)

Iman telah menjadi adik yang baik sepanjang hidup iman.ukhti yang banyak mengingatkan akak tentang hadaf hidup yang sebenar.qudwah yang baik,penuh teguran dalam senyuman.akak doakan iman tenang di sana.

al-fatihah buat Nurul Iman binti Abdul Alim.

sungguh saya pasti akan merindu.

semoga perpisahan ini hanya sementara.semoga berjumpa di syurga.

 
4 Comments

Posted by on 19/01/2011 in ukhuwah

 

Tags: ,