RSS

Monthly Archives: May 2011

air mata.

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..dengan izinNya,kita masih lagi bernyawa walaupun dalam lelah untuk meneruskan perjuangan yang ditinggalkan pejuang terdahulu.alhamdulillah masih mampu melangkah dalam lelah mencari redha dan kasihNya.alhamdulillah dengan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung.Alhamdulillah kerana Dia sentiasa memberi petunjuk.Alhamdulillah dengan sifat rahimNya,rahmanNya,ghaffarNya yang membuatkan kita sentiasa tenang dalam rahmatNya.alhamdulillah.

hari tu saya tengok satu cerita(jangan tanya cerita apa!hehe).simplenya, salah satu dalam cerita ini tentang bagaimana si hero mencari-cari bagaimana untuk membuktikan ketelusan perasaannya.sebab for some reason, he can’t say it by word.so dia pun mencari dan mencari dan akhirnya jawapan yang ditemu ialah airmata.

ya.air mata.sayapun terfikir jugak,kenapa air mata?banyak sebab air mata mengalir.sometimes,kita menangis bukan sebab kita sedih,tapi bila tengok orang lain sedih, kitapun menangis bersama.kadang-kadang,kita mengalirkan air mata kegembiraan dan kesyukuran.tetapi di sini,saya mengajak kita bersama berfikir berapa kali kita menangis yang air mata itu menjadi air mata yang sangat berharga?berapa kali kita merintih kerana takutkannya?

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : “Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (Hadis Riwayat Abu Naim)

akhawat yang dikasihi Allah..

berapa kali kita menangis dalam sehari?atau mungkin dalam seminggu,berapa kali kita bermuhasabah menghitung silap diri.mencari diri yang hilang.membawa pulang diri kepada yang diredhainNya.

wassalam

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 31/05/2011 in Uncategorized

 

hadiah teristimewa

bismillahirrahmanirrahim

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

Ada dan tiada banyak bezanya.don’t say it that easily!

Dan untuk menyayangi seseorang bererti berharap akan berjumpa lagi di sana.

 
2 Comments

Posted by on 09/05/2011 in Uncategorized