RSS

Monthly Archives: November 2011

muhasabah

hati ini cuma sekeping,tapi perasaan terlalu banyak.kadang-kadang hati mengalah,biarlah kali ini perasaan yang menang, biarlah,untuk kali ini perasaan yang mengawal  hati.cuma sekali sahaja.namun hati lupa hadis nabi,hati lupa pesanan kekasih Allah itu:

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

lantas hati tewas,hati yang patutnya dipandu oleh iman makin jauh dari tuhanNya.hati yang semakin lemah makin lupa untuk bertaqarub dengannya.semakin lalai,semakin hanyut.dan mungkin wanauzubillahi min zalik,hati ini telah keras.
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal diantara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
diam dan berfikirlah…di mana hati kita?
sekeras manakah hati itu?
masih ada walau secebis cinta untukNya?
masihkah ada perasaan rindu padaNya?
masihkah ada ketaatan?
masihkah ada iman?
dan sungguh Allah yang maha pemurah,maha penyayang,maha pengampun,maha segala-galanya..
saya sangat tertarik dengan doa mathurat yang berbunyi:
Allahumma, aku terjaga olehmu dalam nikmat, afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmatMu, afiatMu dan penjagaanMu itu atasku, di dunia dan akhirat.
semoga esok masih ada untuk menjadi hamba yang lebih baik,hamba yang patuh dan taat.semoga esok masih bernafas dalam cintaNya,bergerak dalam redhaNya,terus melangkah,biar rebah,tanpa menoleh lagi tanpa meninggalkan hati.moga esok masih ada,buat merawat hati yang sedang leka.bangunlah hati.masa tidur sudah lama berakhir.
wallahuallam.
p/s:promote:jom layari http://naseemalbahr.wordpress.com/ *Selembut bayu laut,menyampaikan ayat tuhanNya demi sebuah redha*
Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 21/11/2011 in Uncategorized

 

thabat

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.
-imam syahid hassan al-banna

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Ya Muqallibal Qulub, Thabit Qulubana ‘ala diinika wa’ala To’atik!

 
Leave a comment

Posted by on 16/11/2011 in Uncategorized