RSS

Category Archives: sajak

rebah

dalam hidup,

sering kita tersungkur..

rebah dan terduduk.

jiwa mula resah

pedoman dicari

dan dalam tangisan

kita meraba-raba mencari

mencari jika ada tangan yang sudi menghulur

menghulur penuh kasih,

menegur walau dalam letih.

dan kita melangkah lagi

kerana sedar tanggungjwab diri

kerana tahu bahagia bukan di sini

dan hati bertanya lagi

sampai bila akan begini??

perjalanan yang terlalu panjang.

penat dan memenatkan.

sejauh mana kita mampu melangkah tanpa berpaling ke belakang lagi?

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 24/12/2010 in sajak

 

Tags: ,

HAPPY BIRTHDAY KEKASIH~

assalamualaikum..

pembaca yg dikasihi,kaifa halikunna?lama xupdate.banyak benda mahu dikongsi.tp ntahla,makin susah rasenya menyusun kalam.diam2 sy memanjat doa,mahu kalam sy sehebat sang murabbi.mampu menyejukkan hati.tp sapelah sy?tp alhamdulillah Allah masih kurniakan sy sekeping hati yg sy rase mampu berfikir.alhamdulillah

Sedih rasanya krana terlalu lewat memgucapkan slmt ulang tahun klahiran kekasih saya ni.bukan terlupa,tp lantaran kesibukan dan kedhaifan diri,sy hanya menyambut hari lahir kekasih sy seadanya.brpa kali agaknya sy menyebut nama kekasih sy hari tu??

maafkan daku  kekasih!

aku memang pelupa.

sedangkan kekasih..

kau lah yg menyinar hidupku

tanpamu kekasih..

dapatkah ku rasa kemanisan hidup ini?

dalam iman..dalam cinta-Nya..

malah kekasih,tanpamu..

masih bisakah ku menatap dunia ini?

dunia yg selalu ku teguk kmanisannya…

alpa dan leka..

duhai kekasih..

dengarlah btapa ku kasih..

duhai kekasih..

saksikanlah betapa ku rindu..

kekasih..

layakkah ku berjumpa denganmu kekasih..

mendapat syafaatmu..

di syurga-Nya bersamamu..

kekasih..

izinkan ku menyebut namamu,

biar seisi dunia tahu..

betapa kasih,sayang dan rinduku padamu..

allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala aalihi wa sohbihi wa sallim..

 
Leave a comment

Posted by on 16/03/2009 in sajak

 

Tags: ,

-kosong-

bila mata  tak mampu melihat apa yang patut dilihat..

bila telinga tak mampu mendengar apa yang patut didengari..

dan bila hati tertutup rapat..

kosong..

bibir senyum lah!!

biar hati saja yang menangis..

hujan berhentilah!!

biar mentari yang menyinar..

tawa kembalilah!!

kembalikan sinar yg dulu..

dan diri…

jadilah seperti diri yang dulu..

merangkaklah dalam ketabahan..

bertatihlah tapi jangan pernah berhenti..

kerana dunia belum berhenti..

 

 
Leave a comment

Posted by on 01/03/2009 in sajak

 

Tags: , ,