RSS

Doktor di mana hatimu?

Wrote this 3years back..copy paste sini sebab takut hilang.

.

.

Saman! Itulah perkara pertama yang terlintas dalam benaknya saat itu. Terduduk kaku dia di atas kerusi empuk itu. Jururawat yang menyampaikan berita tadi hanya tersenyum kelat. Hospital yang tadinya hingar bingar dirasakan sunyi bersama dunia yang seolah-olah berhenti berputar.

Dia masih ingat gadis itu. Gadis yang bertudung litup itu hanya tenang saat dirawat. Berkali-kali dia mengingatkan agar memberi rawatan kecemasan pada adiknya dahulu. Dia sangat mengantuk saat itu. Kerja yang berterusan selama 12 jam sangat memenatkannya.

Dari jururawat yang membantunya, dia tahu gadis itu kemalangan jalan raya di simpang empat tidak jauh dari tempat dia bekerja. Motosikal yang diboncengnya hilang kawalan lalu terbabas ke arah bertentangan jalan sebelum terhumban di atas jalan raya. Mujurlah jalan raya agak lengang. Gadis manis dan adiknya itu hanya cedera ringan.

Dia hanya merawat gadis itu. Adiknya yang terpaksa disimen kakinya dirawat Doktor Izwan. Dia bukan sengaja, malah dia arif benar prosedur merawat luka kecil sebegitu. Dia pelajar terbaik semasa di universiti, House Officer yang selalu dipuji melangit kerana kecekapannya dan kini dia Medical Officer yang dikatakan terbaik di hospital itu. Dia cuma lupa bertanya tentang sejarah pengambilan vaksin tetanus gadis itu. Dia juga lupa jalan raya umpama rumah bagi berjuta-juta bakteria.

Dia cuai. Itu sangat dia akui. Peluhnya mula menitis. Dia memejam mata memikirkan jalan terbaik. Lama dia berfikir sehingga dirasakan ada tangan menyentuh bahunya.

“Qaddarallaahu maa shaa’ fa’al.” Ucap pemilik tangan itu.

Dia mahu menangis tetapi ditahan air matanya dari menitis.

“Kalau saya lebih-lebih hati pasti perkara sebegini tidak terjadi.”

“Jangan banyak berkalau-kalau, itukan pembuka jalan kepada syaitan. Dah solat? Kalau belum, jom kita berjemaah. Shift kita pun dah habiskan.”

Dia angguk menuruti langkah Doktor Izwan. Sujudnya kali ini cukup lama. Lama dia tak memiliki perasaan penuh mengharap pada yang Maha Mendengar itu. Kebijaksanaannya buat dia leka, terlupa semua itu anugerah dari-Nya. Doanya juga panjang. Baru terasa dirinya cukup kerdil.

Dia nekad. Walau apapun kesudahan dari perbuatannya nanti, dia rela. Moga sedikit hukuman dunia ini mampu mengurangkan balasan akhirat sana. Dia membiarkan Doktor Izwan memandu tenang menyelusuri jalan raya yang agak lengang. Syukurlah Doktor Izwan sanggup menemankannya. Bukan dia tak kenal doktor berkaca mata tebal itu malah Doktor Izwan kawan baiknya di universiti dulu. Dia masih ingat betapa bersemangatnya dia dan Doktor Izwan mengejar tarbiyah dan mencari mad’u suatu masa dulu. Namun,tuntutan pekerjaan membuatkan dia melupakan dunia yang lama. Dia cuba mengelak dari Doktor Izwan yang cuba mengajaknya kembali aktif dalam amal dakwah dan tarbiyah. Memang dia sudah jauh dan sangat jauh.

Salam yang dihulurnya disambut satu suara halus. Nadanya tidak berubah seperti kali pertama dia mengenali gadis itu dulu. Dia menundukkan pandangan. Jantungnya berdengup kencang. Dia tahu dibalik selimut yang menutupi kaki gadis itu,ada kisah sedih hasil kecuaiannya.

“Doktor Faqih? Terima kasih rawat saya hari tu. Terima kasih datang ziarah saya,” gadis itu akhirnya bersuara.

“Jadi awaklah doktor Faqih? Doktor sedar tak betapa besarnya masalah yang doktor buat. Betapa berdosanya doktor merosakkan masa depan seseorang. Apa hospital yang doktor kerja tu berkira sangat untuk 1 ampoule tetanus toxoid?” Marah seorang lelaki yang dikira itulah doktor yang menguruskan kes gadis itu.
Dia tunduk. Tak mampu dia menegakkan benang yang basah.

“Saya minta maaf. Saya mohon maaf sebanyak-banyaknya kepada cik Farisha. Saya akur dengan apa saja tindakan yang akan cik Farisha ambil. Kalau nak saman saya, samanlah. Yang penting, cik maafkan saya.”

“Saman? Kenapa saya nak saman doktor? Doktor dah bantu saya.”

Dia kaget. Namun cepat dia membuat kesimpulan. Mungkin gadis itu kurang pelajaran, jadi tidak mengetahui komplikasi itu dan ini.

“Tapi saya yang menyebabkan awak macam ni?”

“Tak doktor. Doktor tiada apa-apa kuasa untuk buat saya macam ni. Allah juga yang sedang menguji saya dan mungkin juga sedang menguji doktor. Mungkin saat doktor hilangkan kesakitan saya, saya terlupa yang Allah yang menghilangkan sakit saya, maka Allah datangkan kesakitan yang lain agar saya lebih bersyukur. Alhamdulillah.”

“Tapi saya patutnya lebih berhati-hati. Perkara seperti ini tidak patut berlaku.”

“Seingat saya doktor ada membaca bismillah. Itu yang buat saya yakin dengan doktor. Bismillah kan pembaharuan syahadah kita bahawa kita melakukannya kerana Allah. Mana mungkin orang yang melakukan kerjanya kerana Allah melakukannya dengan main-main.”

Dia terkesima sehingga terduduk. Air mata yang dari tadi ditahannya mula mengalir. Sungguh dia tak pernah lupa mengucapkan bismillah. Tapi itu tidak lebih dari rutin hariannya. Jiwanya sudah tidak lama tersentuh dengan ayat tuhan itu.

“Doktor cakap alhamdulillah saya datang awal ke hospital. Jadi hanya kaki saya yang terpaksa dipotong. Katanya kes ini agak pelik sebab penyebaran bakteria ini dapat dielakkan. Dan bakteria ini katanya boleh buat saya sawan dan boleh kehilangan nyawa. Alhamdulillah saya masih bernafas hari ini. Alhamdullillah.”

“Awak tak takut?”

“Apa untungnya saya takut pada apa yang tertulis untuk saya sebelum saya lahir lagi dan saya yakin ini yang terbaik untuk saya. Allah tak membebankan seseorang melebihi apa yang dia mampukan?”

“Macam mana dengan masa depan awak?”

“Saya yakin ada perancangan yang indah untuk saya jika saya bersabar.”

Dia kagum. Cukup kagum. Gadis itu hanya 20 tahun. Masih belajar, masih banyak yang mahu dikejar dalam hidupnya. Gadis itu akibat kecuaiannya terpaksa melupakan impiannya. Kedua belah kakinya membusuk. Kaki kanannya dipotong hingga ke paras peha. Kaki kirinya dipotong hingga ke bawah lutut.

Gadis itu masih tersenyum dalam tenangnya. Dan dia masih terpaku di situ. Lama dia berfikir hikmah di sebalik takdir Allah untuknya. Dan akhirnya senyuman diukir. Lafaz alhamdulillah diucap. Dia memohon maaf berkali-kali kepada gadis itu. Telefon terus dicapai. Dia perlu merencana masa depan gadis itu. Dan dia perlu kembali berjalan dengan hati kerana hati mungkin mampu menyembuhkan penyakit yang sakitnya lebih pedih dari saat si ibu melahirkan sang bayi.

 
Leave a comment

Posted by on 14/10/2015 in Uncategorized

 

KEMATIAN

“Normal tak kalau aku tak rasa apa-apa?”

Jujur dia bertanya.

“Maksudnya?”

“Tadi aku tengok patient tu meninggal dan aku tak rasa apa-apa.”

“Sangat tak normal. Patutnya kita ambil pengajaran. Rasa bertambah dekat dengan kematian kita sendiri. ”

Dia senyum. Saya tak tahu apa hatinya tapi ketika itu saya berharap dia faham kerana saya rasa isinya sangat serius.

Dan masa pun berlalu..bila kematian menjadi satu yang normal.

“Doktor, patient bed 8 asystole!”

“Oh dia NAR kan? Kejap saya datang. ”

Cek patient untuk sign of life, temankan staff nurse print ecg (kadang-kadang sampai berpeluh-peluh nak dapat straight line sebab machine problem), tolong buang semua wayar-wayar, issue death to relatives dan isi form. Siap!

Ianya jadi sangat normal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Sedangkan, firman ALLAH

“Katakanlah, kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya ia akan menemui kamu, kemudian akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (al-Juma`ah: 8)

INGAT MATI

INGAT MATI

 
Leave a comment

Posted by on 28/09/2015 in Uncategorized

 

mencipta kematian

Ini bukan kisah seram!

Lama tak menulis..bahasa melayu pun dah hancus. Tapi tak kisahpun..bukan ada orang baca pun.

Sekarang saya bertugas di Icu(unit rawatan rapi)(actually leaving..banyak kes yang saya jumpa.seorang yang sihat hari sebelumnya tiba-tiba accident, dan meninggal. Makcik yang cucu berderet..dah plan nak raya dengan cucu tapi berkesempatan. Lagi sedih bila sebab merempit, penyakit cari sendiri seperti op poisoining, perempuan yang tiba-tiba termengandung complicated with eclampsia dan sepsis. (Wah, hebat sgt bm ni!)

Bukan nk kata icu kami high mortality..langsung tak. Kami ada intensivist terbaik sebenarnya with lowest mortality rate.

Tapi bila ajal menjemput, tiada siapa mampu melawan. Banyak mana relatives rasa terluka setiap kali kami pronounce death, kami pun rasa sama. Dan benarlah kematian sepatutnya menjadi peringatan yang sangat baik.

Contohnya kita tengok pakcik A gasping, selain daripada instruct staff nurse untuk naikkan sedation, kita sebenarnya boleh pergi dekat dengan patient untuk ajar mengucap.

Orang kata doktor untung, hari-hari boleh insaf tengok orang mati. Sebenarnya tak pun. Macam tak boleh bayangkan macam mana hati boleh jadi sekeras tu!

Oh sebenarnya nak cakap pasal mencipta kematian tapi tangan dah lenguh sebab taip guna phone. insyaAllah akan bersambung walaupun takde orang baca pun.

Minta maaf pada diri sendiri sebab bahasa melayu sangat teruk.mintak maaf cikgu sharifah, cikgu mawardi, cikgu rusmini dan cikgu azwan sebab gagal membuat karangan dengan baik.tanda baca pun.:p

Wassalam

 
Leave a comment

Posted by on 03/08/2015 in Uncategorized

 

silau

Silau! Hingga mata tak mampu mentafsir warnanya.

“Kenapa?”

Geleng. Enggan memberi jawapan, membiarkan yang bertanya kehairanan.

 

Lama membuat perkiraan. Hingga dikejutkan dengan satu huluran.

 

“Mungkin selangkah ke depan adalah jawapan.”

 

Senyum.

 

“Warnanya tak terlalu mengelirukan.”

 
Leave a comment

Posted by on 18/08/2014 in Uncategorized

 

Tarbiyah, Moga Bukan Hanya Angan-Angan

Saya tahu dulu saya suka merungut. Bahan untuk dibaca sangat banyak sedangkan saya belum ulangkaji lecture semalam. Saya kadang-kadang rasa terbeban bila bermusafir hampir setiap minggu. Saya rimas bila meeting berjam-jam. Malah kadang-kadang saya mencari alasan untuk tidak hadir usrah dan program-program lain.

 

Tapi itu mungkin dulu. Bila tarbiyah saya sangka adalah pilihan..

 

Berpijak di bumi realiti, bagi yang pernah merasa dalam tarbiyah pasti tak lepas dari merinduinya. Kekangan demi kekangan menyebabkan saya rasa saya rindu tarbiyah. Jujurnya saya lebih suka busy ke sana ke mari, memerah otak memahami bahan, menterjemah buku sampai berpeluh-peluh, berbincang dengan akhawat isu-isu semasa sebagai orang yang berfikrah.

 

Tarbiyah memberi kesan yang mendalam kepada hidup saya. Kali pertama saya mengenali tarbiyah, saya tahu ke mana saya mahu halakan hidup saya. Result saya meningkat. Saya makin semangat. Saya mula konsisten dan teratur. Mengenali ukhti-ukhti yang cukup prihatin, saya rasa saya dah dilimpahi dengan kasih sayang. Saya tak perlukan ‘kasih sayang’ yang tidak syarie lagi.

 

Penerusan tarbiyah impian semua orang.Dan saya tak mampu melalui hari saya tanpa mengharapkannya. Benar, saya mahu thabat. Saya takut bila tarbiyah hanya impian kosong saya. Saya risau satu hari nanti saya hanya mampu tersenyum mendengar ukhti bercerita tentang perjuangan mereka.

 

Akhirnya, buat yang masih dalam tarbiyah, hargailah apa yang di genggamanmu. Fahami sedalamnya apa yang tersirat dan tersurat dan aplikasinya. Saya pernah melalui hidup di dalam tarbiyah dan hidup tanpanya. Saya tahu hati saya lebih suka hidup di dalamnya.

 

WALLAHUALLAM.

 
Leave a comment

Posted by on 13/03/2013 in Uncategorized

 

masa

masa makin cepat berlari sedang saya makin tempang mengejar.

 
Leave a comment

Posted by on 25/10/2012 in Uncategorized

 
Image

Mula merindui

 
Leave a comment

Posted by on 04/10/2012 in Uncategorized

 

lelaki itu

lelaki itu punya tempat istimewa di hati saya
Benar! Saya menyayanginya dengan sepenuh sayang.
Dia yang istimewa tak mampu saya ingati wajahnya..
Apa lagi senyum gembiranya
Yang tergambar hanya belakangnya yang sedang gigih menoreh getah
Yang terbayang tubuhnya yang sedikit bongkok sedang menebas gagah
Yang masih terasa ialah tangan kasarnya
Jenakanya yang mampu saya ingat hanya dua.

Entahlah..
Jarang dia mengetuk mimpi saya
Memberi senyum walau ia mimpi cuma

Mungkin tanah jordan buat saya merinduinya.

Al-fatihah buat arwah ayahanda yang tercintan

 
Leave a comment

Posted by on 30/09/2012 in Uncategorized

 

Azam Sebelum Balik Malaysia

Saja nak announce..:P

 

Saya nak jadi penulis yang serius.

*impian setinggi langit*

🙂

 
Leave a comment

Posted by on 28/09/2012 in Uncategorized

 

tentang rasa

mengharap pergi saya dengan jiwa pejuang..

jiwa yang tak mengharap untuk pulang

 

 
Leave a comment

Posted by on 28/09/2012 in Uncategorized