RSS

Tag Archives: futur

rebah

dalam hidup,

sering kita tersungkur..

rebah dan terduduk.

jiwa mula resah

pedoman dicari

dan dalam tangisan

kita meraba-raba mencari

mencari jika ada tangan yang sudi menghulur

menghulur penuh kasih,

menegur walau dalam letih.

dan kita melangkah lagi

kerana sedar tanggungjwab diri

kerana tahu bahagia bukan di sini

dan hati bertanya lagi

sampai bila akan begini??

perjalanan yang terlalu panjang.

penat dan memenatkan.

sejauh mana kita mampu melangkah tanpa berpaling ke belakang lagi?

 
Leave a comment

Posted by on 24/12/2010 in sajak

 

Tags: ,

-kosong-

bila mata  tak mampu melihat apa yang patut dilihat..

bila telinga tak mampu mendengar apa yang patut didengari..

dan bila hati tertutup rapat..

kosong..

bibir senyum lah!!

biar hati saja yang menangis..

hujan berhentilah!!

biar mentari yang menyinar..

tawa kembalilah!!

kembalikan sinar yg dulu..

dan diri…

jadilah seperti diri yang dulu..

merangkaklah dalam ketabahan..

bertatihlah tapi jangan pernah berhenti..

kerana dunia belum berhenti..

 

 
Leave a comment

Posted by on 01/03/2009 in sajak

 

Tags: , ,