RSS

Tag Archives: keluargaku sayang

ibubapa~

fikiran saya kacau..

hati saya tak terteram..

semuanya bagai semalam baru berlaku..

ya..ianya pahit dalam manisnya!!

.

.

mei 2002..

ayah saya sangat gembira..

ibu saya tersenyum ceria..

ya saya tahu mereka sedang bahagia..

dalam kemeriahan gerai kecil kami..

ayah dan ibu saya tak henti-henti bercerita..

“anak saya belikan hadiah untuk ibunya”

saya senyum..sedikit bangga

dan ayah menyambung..

“inilah anak yang akan menjaga saya bila tua”

dan saya senyum lagi…

.

.

masa berlalu..

musim berlalu..

dan ayah pergi jua..

saya mungkin masih muda..

lantas hanya mampu mencurah air mata..

.

.

july 2008

teka teki saya terjawab..

saya bukan tak menduga tapi mungkin tak cukup bersedia..

kepulangan saya di sambut sekujur tubuh lesu..

menatap saya dengan linangan air mata..

dan saya bersyukur saya masih mampu tersenyum..

memberi semangat kepada tubuh tua itu..

.

.

hari berganti hari..

hari yang menuntut seribu kesabaran..

hari yang penuh linangan air mata..

hari yang jika dikenang membangkitkankan kesalan..

saya tewas dengan emosi..

saya tewas dengan amarah..

dan saya tahu hati tua itu terluka..

.

.

dan masanya tiba untuk  saya kembali ke bumi perjuangan ini..

lantas mata itu saya tatapi..

tangan itu saya kucupi..

saya tau saya akan merindui mata itu..

sentuhan itu..

maaf saya pinta.

dan bibir tua itu  tersenyum mesra..

bersama linangan air mata..

.

.

20/11/08

saya khusyuk menelaah walau perasaan cukup gundah..tak mahu terlalu tenggelam dalam emosi..

satu message diterima..saya tenang melihat pengirimnya..

message dari orang malaysia dan jantung saya  mula berdegup  kencang..

dan isinya saya baca dan air mata mula mengalir..

saya mendail semula..

tapi  bagai tak mendengar apa kata mereka..

yang saya tahu mereka cuba menguatkan saya..

dan tangisan saya tak mampu berhenti..

dan saya tahu saya kehilangan insan kesayangan saya..

kekuatan saya..

insan yang pastinya tak putus-putus berdoa untuk saya..

.

.

2010

ya..saya sudah tahun 4..

berdepan dengan female patient buat hati saya terluka..

membuka lembaran lama..

..ibu saya bukan orang berpelajaran..

ibu saya tak pernah tahu apa itu complication itu dan ini..

ibu saya hanya mahu bersama kami..

:

:

dan bila patient hari tu muntah-muntah..

dan anaknya memeluknya erat..

emosi saya kacau..

mengapa saya tak setabah itu dulu?

mengapa saya tak bersabar?

mengapa saya mengaku kalah dengan emosi?

….

beruntunglah!

dan sangat beruntunglah orang yang masih punya ibubapa!!

hargailah mereka!

jagalah hati mereka!

sayangi mereka!

kasihi mereka!

doakan kebahagiaan mereka!

jangan sampai menyesal!

kerana penyesalan itu bukan saja pedih..

malah mengundang letih!

“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya …  ”  (Al-Ankabut ayat 8 )

“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]

 
22 Comments

Posted by on 08/06/2010 in Uncategorized

 

Tags:

kasih sayang.

bismillahirrahmanirrohim..

kalau mahu belajar erti ketabahan,belajar lah dari insan ini!

bukan saya ya,tapi orang di sebelah saya iaitu merangkap kakak saya.

kakak saya masih muda(haruslah merahsiakan umur beliau supaya tiada unsur-unsur pengoratan berlaku.hehe).walaupun muda,beliau sangat berjasa pada saya.setiap tahun,azam saya balik ialah untuk mengurangkan tanggungjawab kakak saya tapi setiap tahun juga saya akan menambah beban beliau.(memangnya adik kena menyusahkan kakak kan? =P)

hari ni birthday kakak saya.so rindu lebih-lebih pula.huh.

kalau ayatul husna bacakan sajak untuk kakak dia,sayapun mahu tujukan sajak yang sama buat kakak saya.

kau mencintaiku seperti bumi mencintai titah Tuhannya

tak pernah lelah menanggung beban derita

tak pernah lelah menghisap luka ….

kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah Tuhannya

tak pernah lelah membagi cerah cahaya

tak pernah lelah menghangatkan jiwa…

kau mencintaiku seperti air mencintai titah Tuhannya

tak pernah lelah membersihkan lara

tak pernah lelah menyejukkan dahaga…

kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah Tuhannya

tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia

tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala…

:

:

::

:

:

jika ditanya erti bahagia..

bibirku senyum ceria..

lidah kelu tak berkata..

dan biar hati saja yang berbicara..

biar mata saja yang berkata-kata..

kerana bahagiaku adalah kamu..


dan rindupun menyapa..

bersama kasih nan suci..

bersama sayang tak mati..

kasihmu tak terperi..

membuat diri rasa tak sendiri..

walau diulit malam sepi..

walau diulit mimpi ngeri..


sayangmu penawar berharga..

membuat diri rasa bermaya..

membuat diri rasa ceria..

kaulah penghibur diri yang lara..


dan..

pada angin ku kirimku rindu..

rindu pada senyuman manismu

pada Allah ku panjatkan doaku..

doa untukmu bahagia selalu..


oh hari ni juga bithday norannisa rohiman..tahniah kerana sudah tua!semoga kamu cepat kahwin supaya orang-orang yang cop nak kahwin selepas kamu dapat kahwin.hehe.semoga ketemu bahagia yang dicari,panjang umur,murah rezeki.

yang paling ayu itu nourenisa.=P

sekian terima kasih~

 
19 Comments

Posted by on 02/05/2010 in Uncategorized

 

Tags: ,

jom jiddiyah!!

tabahassalamualaikum.

banyak sangat benda berlaku dan kata-kata yang diucap sejak akhir-akhir ini yang mengingatkan saya  tentang arwah ayah dan mak saya.betollah kata doktor behaviour,benda tu long term memory dan kita tak pernah lupa.repressed je.huh!!..banyak benda yang saya fikir,banyak benda yang saya harapkan akan berulang.malah banyak yang dikesali..penyesalan yang akan saya bawa seumur hidup sy.sedih memg sedih tapi life goes on.

dilahirkan dalam keluarga yang susah or maybe sangat susah,saya sangat akui kedaifan saya mase kecil dulu.baju raya ala kadar,takde selipar raye malah sy xpenah msuk tadika @ ape2 je pra-sekolah yg ade.klu cuti skolah,kna g kebun,bergelumang ngn getah sekerap.utk ke sanapun,brapa kilometer ngn jalan kaki je.lpas tu kna pikul getah sekerap seguni sorg bwk turun dr bukit.oh,sy kuat dulu.he2.pernah terserempak ngn rombongan sang babi,lari bagai nak rak.huhu.dan byk lagi knangan yg bg sy sdri bukanlah knangan pahit tp itulah yg mengajar sy erti kematangan.life is not as easy as u think.right?

sy pernah mengeluh..malah mungkin slalu mengeluh.hari 1st masuk darjah1,ayah xleh bayar yuran skolah.sy nangis ngn penuh beriya.ayah hnya snyum memujuk.mklumlah kami adik beradik sgtlah ramai,xdapat sy bygkan penat lelah ayah kumpulkan duit untuk bayar yuran kami adik beradik.dan alhamdulillah Allah kurniakan sy IQ yg baik.ayah beriya cari pen yg plg cantik bla sy dapat no1 dlm exam.walaupun ayah xcukup expressive tp kasih sayangnya pada kami adik beradik cuba diterjemahkan dgn pelbagai cara.

pernah sy ‘hilang’  n bila sy dijumpai @ lebih tepat sy jumpa jalan utk pulang,ayah hnya senyum walaupun sy tahu ayah cukup marah masa tu.kte ayah,xpela,janji sy dh selamat.

smasa kami diserang tebuan,ayah suruh sy dan adik lari n alhamdulillah kami slamat.dan ayah terpksa dikejar ke hospital krana sengatan tebuan.dan esoknya ayah ke kebun sperti tiada apa yg berlaku.

wataniah skolah pilihan ayah  n ape2 je yg xkena ngn sekolah tu,ayahlah yg saya salahkan.bila ayah mninggal,stiap kali rase down,sy slalu igtkan diri yg skolah ini pilihan ayah n dia pasti pilih yg terbaik utk sy.

ayah mninggal with unknown cause..n dlm surat kematian ditulis,septicaemia atau istilah org kmpung,keracunan darah.ayah bukan xpernah sakit.hampir 2tahun terlantar kerana TB n sembuh sepenuhnya.tapi bila ajal menjemput,ayah yg sihat dan masih ke kebun pagi itu kmbali ke rahmatullah.tp ayah mninggal di hospital.satu perkara yg sy dikesalkan,ktika ayah mahu ke hospital,kami hanya menyalami ayah seperti biasa.tnpa ape2 naluri yg arwah akan pergi slama2nya.kesal xmampu mntafsirkan renungan mata yg redup itu..mata yg menyimpan seribu rase kasih kpada kami adik beradik.

btapa sy rindu mendengar bebelan ayah.mnemani ayah ke kebun.membonceng motor buruk ayah,tanam pokok pisang,cari buah ara n yg paling sy rindu tentulah g memancing ngn ayah,mcm rehlah family plak.

dulu sy slalu pikir..

knapa sy dilahirkan dlm kluarga yg susah?

knapa sy xsebertuah org lain?

n bila makin dewasa..sy sedar itulah TARBIYAH plg baik buat sy.

duk di egypt,ngn biasiswa mara yg melimpah ruah,kdg2 lupa yg sy pernah susah.

lupa utk bersyukur dgn nikmatNya yg xterhitung..

ayah org yg banyak ajar sy erti ketabahan..ketabahan yg xmungkin dapat sy cari di sini.

btapa sy mahu buktikan pada ayah,sy dh berjaya..

ayah slalu cakap mahu sy jd ustazah n bila sy decide jd dktr,sy cakap kt mak,xpela sy jd dktr n ustazah.dulu mak ade lagi,kalau rndu ayah..sy slalu ade tempat utk mengadu.tp skrg,sy masih ade Allah.alhamdulillah.dan dielah tmpat pengadu yg hak..

panjang lebar dh.sy bukan mahu bercerita pasal diri sy.n jujurnya i hate people talking bout themselves,exaggerate lbh2 plak tu.sy bukan nak bukak aib sdri jgk.tp sy nak tegaskan diri,sy pernah susah n sy skrg sgt bertuah dr sy dulu.sy patutnya lebuh rajin dr dulu..lebih jiddiyah.xperlu lemah ngn cubaan sekecil ini.

Allah dah campakkan sy di sini utk kaut sgala ilmu yg ada.kalau ayik moody,manjakan diri memnjang,sy xmungkin akan najjah.mnitis air mata sy tgk Laskar Pelangi,tgk btapa susahnya mereka utk mnitip ilmu.mahu smgt Lintang blh?

so kawan2..jom tambahkah jiddiyah.xde kejayaan yg dtg bergolek.xde ilmu yg masuk mlalui osmosis.semuanya active proses,need energy n against everything especially nafsu nak tgk movie.mse exam ni lah,byk movie2 yg best2 kuar.bercakap sal cite,sy dh tgk x-men yg baru ni.sy memg suka crita sal mutants.bestkan kalau ade supernatural power.hehe.tp sblm ade org marah,kna bg pengajaran crita.hehe.

dr crita x-men(tiba2 skema),sy sedar betapa mnusia itu sgt busuk hatinya,terlalu cemburu ngn kelebihan org lain hingga lupakan hubungan persaudaraan dan kemanusiaan.btapa mnusia terlalu kreatif utk merosakkan hidup org lain.btapa mnusia mudah ditipu.n dan yg sempurna itu pasti ada cacat celanya krana kita hnyalah manusia..

utk akhirnya..

jom struggle yg sebenar2 struggle!

jom tambahkan amal yg sebenar2 amal!

jom bntk diri sdri sbgai fard muslim yg sbenar2 muslim!

jom jadi kuat yg sbnar2 kuat  (walaupun tanpa ape2 kuasa istimewa)

jom istiqamah yg sbnr2 istiqamah!

jom cari redha-Nya dan kembali padaNya!

hayya ala falah!!!!!!!(marilah mnuju kejayaan)

wassalam

Ain yang sdg bc bk

p/s:marilah sam2 sedekahkan sekalung fatihah utk arwah ammar yg telah pulang ke rahmatullah.smoga roh arwah ditempatkan bersama roh2 org yg beriman.jadikan pemergian arwah satu muhasabah bahawa ajal bila2 saja dtg menjemput.dan alhamdulillah arwah pergi ktika sdang mnuntut ilmu.jom ziarah blog arwah http://kalam-puncak.blogspot.com/ .moga mnjadi ilmu yg bermanfaat yg dibawak oleh arwah ke sana,ke kmpung halaman kita semua.persiapkan diri utk balik kmpung ngn bekal sebaik mungkin dan berdoalah moga2 kesudahan kita adalah kesudahan yg baik.insyaAllah.

 
7 Comments

Posted by on 11/06/2009 in Uncategorized

 

Tags: , ,

Hari ni sy btol2 rndukan insan yg lahirkan sy.lama sy xdengar suara tu bebelkan sy,bg nasihat pd sy.Rini 27/3..klu mak sy masih hidup,mknanya dah dh 53 umurnya.msih terlalu mudakan.

Doakan kebahagian mak sy di sana!~

Al-fatihah~

 
Leave a comment

Posted by on 26/03/2009 in Uncategorized

 

Tags:

air dicincang2 x akan putus!

sy xberniatpun utk post 2bnda dlm 1 hari tp juz some special dedication to my bro,mohd safiez azuan@pit.ni adik bwh sy.yg bongsu ialah si gemuk=adam obese.hehe.ari ni beday die.dh 17 dh adik sy.but still a child lagi klu ikut uN.hepi beday pit.moga pnjg umor murah rzeki.bjaya dunia akirat.

adik sy ni baek sgt,smua org kt kmpg tu pun suka die.klu sal hal kebun mcm nk pajak tanah@sempadan kebun,mst tnya die.sypun konpius,btol ke adik sy ni baru 17?tp tulah,kecik2 dulu,die je lah yg sudi ikut arwah ayah sy.mse ayah mninggalpun,dielah yg paling byk nangis.tulah kali pertama n terakhir adek sy nangis.mksd sy,ble die dh besar.kecik2 dulu,kna sengat ikan keli,mnangis smpai 1 kmpg dgr.dhla lemas pegang dkt org.habis ilang rntai emas tu.teruk taw kna marah.huhu

klu nk dicerita pasal adik sy ni xakan pnah habis.tp sy sukalah cara die!ble sy mrajuk,mst die pujuk wlau mcm mne cara skalipun.mase sy depress ngn result tu,die bwk sy naek motor n panjat bukit.mnarek kan?spe lagilah yg rajin pujuk sy?klu nk makan,ckp je.malam2pun die sanggup g beli.diepun rajin bercrita.boleh kte sy knal semua kawan die;abu hurairah,eka,affan,n ramai lagilah.klu die g skolah tu,sy mulalah bosan.blelah die nk blik ni..n klu die tido,sylah org yg akan mngacau.tp die xbrani kacau sy tido.nti kna marah.sykan kakak..hehe

tp seriusly,sy slalu dilayan mcm ank bongsu.bak kte abang,sy adek die yg last.n adek sy yg berdua tu akan wt muka.ha3.jgn jeles!!klu sy mrajuk je,mst ramai org mmujuk.sbab tu sy suka mrajuk kot.hehe.tp kdg2 rimas gk,byk bnda rahsiakan dr sy,i’m 20++ k.

tp sy sayang family sy.lama dh tepon umah.sejak mak xde,sy xtaw nk tepon umah mne.tp makin kerap bmsg,bergosip ssma sdri.semua org nk kawen.cne nih?hu3.semua org mst risaukan sykan.jgn riso!sy ok2 je kt cni.

rindu maw jmpa semua org.mak dh xde,ayah dh xde.tp sy still ada kakak,abang,adik anak2 buah n sy rase sy cukup bertuah.sy ade kawan2 kt cni jgk.mreka semua baek2.

walaupun adik sy xkan baca post ni,tp sy nk jgk cakap yg sy cukup hargai dia.td dh msg,tp kakak ckp,”sapit dk asrama”.waaa..sy risau.makan nasik x die nti?dh brapakah tulangnya yg tersembul?adik sy ni cerewet sket bab makanan ni.tiap mgu tepon k.ngah sy suh blik umah ktorg sbab ktorg masak simple sgt.simple taw bukan xsdap.walaubagaimnapun die tetap adik sy yg terbaek,klu sy kt umah ni,mst die smgt gk nk taw isu palestin ni.n die pnah tnya sy,”pesal x g perang,xnak mati syahid ke?”hu3.

sy dh lari dr tajuk sgt2 ni.ckgu rusmini pnah kte bayani xpenah mngarang pndek2 sbab tu sy susah nk terer rumusan dulu.hehe.so smpai cni dulu..wallahuallam

ni lah adik sy,sapit atau pak itam.=)

ayahpieqnadik3

 
Leave a comment

Posted by on 19/01/2009 in Uncategorized

 

Tags: